Thursday 26 April 2012

"Consistant"

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semakin lame semakin susah untuk meneruskan perjuangan dalam bidang penulisan ni, hehe. . . walaupun mase mule2 buat blog ni macam2 semangat dan perancangan yang berkobar-kobar, tapi semunyer bagaikan lenyap  begitu sahaja lepas satu persatu urusan dunia mule memenuhkan ruangan jadual harian diriku ini. . . .Aisshh....

Semoga usehe yang di mulakan sebelum ini mendatangkan hasil yang diberkati-Nya, seeloknya hari ini hendaklah lebih baik daripada semalam, jika tidak maka termasuklah kita dikalangan orang-orang yang rugi. . . .:)

Wednesday 14 March 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan :)

rasenyer kt bawah post ni ade tunjuk pukul berape mase aku post this entry right, hehe by the way it's already 4.11 A.M. bile aku start menulis this entry. Entah tibe-tibe semangat ape pulak yang merasuk diriku ini sehingga menyebabkan ku berada dihadapan komputer kecilku ini. Mungkin semangat Laksamana Sunan kowt.....pfftt haha, xde lar ngarut jer sume tu.

Actually my maint point this time is about "Membaca", why membaca?? haa ni yang nak habaq mai ni.... Mase aku rehat sat dari duk wat revision tadi tengahhari, ke tengah hari semalam, yang mana satu betul pun aku x sure, tapi ape-ape pun aku selalu larr bukak web "I LUV ISLAM". Bagiku web ni sedikit sebanyak mampu menolong orang untuk menambah knowledge masing-masing terhadap agama yang tercinta ini. Satu artikel yang memang menarik perhatianku ialah artikel yang bertajuk "Mereka Bukan Ummat Yang Membaca" karya oleh Dr Zainuddin Rashid, di upload oleh saudari Roziah Mahamad.

Mule -mulle aku tengok tajuk die aku terpikir mungkin artikel ni tujukan kepada ummat lain sebab ade tulis kata ganti nama "mereka" di situ. So dengan berbekal kan ilmu yang sedikit lagi berkarat ni walau pun dalam bahasa ibunda sendiri ( aiseh ni jgn tiru....) aku menganggap yang artikel ini ditujukan khusus untuk mereka yang beragame selain ISLAM. Then dengan perasaan yang agak curious ni, serta bersemangat nak bace artikel tu punya pasal, sampai tangguh jap niat nak pegi makan tadi, buka lah artikel tadi dengan hanya menekan butang pada tikus ku, eh silap tetikus.......Artikel yang singkat namun padat, nilai yang ingin disampaikan amatlah jelas besertakan dengan contoh2 yang diberi. Rase macam ade orang baling batu kecik kat kpale bile lepas abis bace, kalo batu besar cam melampau pulak kan??

Kenape aku rase camtu?? hehe, sebab nyer "mereka" yang berada di dalam tajuk itu or in that article is MUSLIM yang sering leka ngan benda2 lain. kata "Mereka bukanlah ummat yang membaca" ini di ungkap oleh seorang tokoh YAHUDI. Aduih~ nak nafikan pun ada benarnye dalam kata-kata mamat tu. Lagi2 negare kite yang dicintai ini. Rata-rata muslim di negare ini ialah Melayu ( tapi aku pun x sure sgt skrg, ramai gak melayu dah murtad and ade jer ramai sedare baru mcm Jo Yee tu) adalah amat kurang gemar untuk membaca. Tak percaya?? xper, taukah anda berapa buah buku yang dibaca oleh rakyat negara kita berbanding negare-negare laen?? ni nak gohyak ni.....

Jepun = 40 buah buku
Eropah= 10 buah buku
Arab = 20 muka surat
Malaysia= 2 muka surat shj. # Dalam Setahun

so cmne? Sad kan? negare yang majoriti Islam lah yang patut mnerapkan budaya membaca dalam darah daging kita. Untuk memahami Kalamullah pun kite kene membaca Al-Quran, begitu juga Hadith2 nabi yang ditinggalkan kepada kita sbg panduan hidup. Jadi kalau sifat membaca teramatlah terhad dikalangan ummat Islam sendiri buat masa sekarang macam mana lah nak membela nasib umat? Kurang membaca menandakan kurangnya ilmu di dada, kurangnya ilmu didada boleh menjelaskan dengan senang tentang keadaan umat Islam buat masa sekarang ini. Right??

Conclusion is, I'm still learning and it will never stop until my "ajal" comes, and seriously budaya membaca ni teramatlarr penting untuk diri sendiri, keluarge, masyarakat, negare dan umat Islam sendiri. Jadi mari bersama menanam sifat membaca and lg bgs kalo kite ikhlaskan budaya tersebut kerana ALLAH s.w.t. br style. Anyway ade firman Allah s.w.t. menyebut dalam kitab suci Al-Quran yang bermaksud:

"ALLAH telah mengangkat golongan beriman dikalangan kamu, begitu pula orang yang dikurniakan ilmu beberapa darjat"( al-mujadalah : 11)

Ok then, until next time, Selamat Beramal :)

Tuesday 13 March 2012

Berubah :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....
So alang2 blog baru ini masih kosong elok larr ku isi dengan satu post dari blog lame ku yang dah berhabuk teruk tu, dah xley nk diselamatkan dah kowt. Anyway post ini berdasarkan tajuk yang boleh didapati kat atas tu iaitu berubah. Jadi saudara dan saudari sekelian, apa yang boleh kita katakan mengenai perubahan?? Adakah ia satu perbuatan yang baik atau burok?? Adakah ianya Perlu/Wajib atau sekadar Harus?? erm~ same2 kite pikir eh......:)
Jadi apa yang aku ingin berkongsi disini ialah perubahan ialah sesuatu yang perlu dan penting untuk kehidupan, namun sesuatu perubahan itu hendaklah dilakukan dengan berhati-hati serta mengikut panduan yang betul. Topik yang lebih specific yang aku nak point out ialah lebih kepada perubahan diri supaya lebih mendekatkan diri kepada Yang Pencipta Alam iaitu Allah s.w.t.
Perubahan ialah sesuatu benda yang amat mudah untuk disebut dan dirancang pada bibir atau semasa menaip dikomputer macam yang aku tengah buat nie, tapi bagaimana pula kesusahan semasa sedang mempraktikkan?? Kadang-kadang ujian yang dihadapi amat berat sampai rasa putus asa tu macam tak henti-henti terjah kat otak fikiran ini macam air terjun. Sungguh berat usaha ini.
But if we think about it carefully, kita ni memang lemah, lembik lagi hina pun yang perlu kasih sayang dan rahmat-Nya untuk teruskan hidup kat atas muka bumi ini betul tak? Jadi apa yang nak susah2 berusaha bagai nak rak bersendirian kan? Sentiasa berdoa kepada-Nya untuk menghadapi apa2 jenis rintangan, bukan aku maksud kan hidup sambil lewa tanpa usehe yang betul2 pastu ada masalah terus berdoa n tawakkal tanpa usehe and ikhtiar. Kalau macam ni x taw lar ape jenis hasil yang dapat.
Dalam bab ni aku lebih suke amek kata2 seorng lecturer ku yang agak bersederhana sahaja namun banyak kata mutiara yang keluar dari bibirnya, kata-katanya ialah
"Jangan kita lihat sesuatu pekara itu dengan khudrat kita, tapi kita lihat dengan khudrat Allah s.w.t. , nescaya betapa susah sesuatu pekara itu pun dapat kie laksanakan" :)
So point yang nak diketengahkan olehku pada post kali ini ialah setkan mentaliti yang betul dalam sesuatu perbuatan. Dalam usaha nak melakukan perubahan secara positif untuk diri sendiri satu benda yang pasti ialah Allah s.w.t. pasti akan menguji. Jadi straightkan niat dalam hati tu n pastikan mentaliti kite berada dalam landasan yang betul. kalo belom ape2 lagi dah cakap x boley senang citer x yah usaha langsung ler...,
Sekian, Selamat Beramal :)

Alhamdulillah~

Alhamdulillah, satu ungkapan yang sering di sebut dikalanga umat islam, tidak terlepas juga diriku ini. Setiap kali berlaku sesuatu yang bagus atau bermanfaat untuk diri ini sering sahaja ku mengungkap kalimah ini. Kalimah yang membawa maksud kubersyukur kehadrat Ilahi atas kurniaan yang diberi oleh-Nya. Namun apabila berlaku sesuatu yang ku jangka tidak bermafaat untuk diriku ini tanpa meneliti mengikut akal fikiran yang diberi, mungkin kerana keterbatasan kemampuan akalku atau tanda kurangnya keyakinan ku terhadap takdir Ilahi yang telah ditetapkan.....sungguh berat untuk mengucap kalimah "Alhamdulillah". Semoga diri ini diberi kekuatan untuk tersenyum redha atas apa yang berlaku sambil mengucap "Alhamdulillah", Amin~

Jadi ini merupakan post ku yang pertama, terpaksa kupadamkan blog yang lama kerana ketidak tentuan usaha ku keatas blog tersebut dan juga kerana ketiadaan komitmen yang bersungguh-sungguh kukira, yang membuat diriku memutuskan untuk memadam sahaja dan membuat satu blog baru, Insya-Allah dengan usaha baru serta niat yang sudah pun diperbaharui akan ku pastikan blog ini berjalan lancar....:)