Tuesday 13 March 2012

Alhamdulillah~

Alhamdulillah, satu ungkapan yang sering di sebut dikalanga umat islam, tidak terlepas juga diriku ini. Setiap kali berlaku sesuatu yang bagus atau bermanfaat untuk diri ini sering sahaja ku mengungkap kalimah ini. Kalimah yang membawa maksud kubersyukur kehadrat Ilahi atas kurniaan yang diberi oleh-Nya. Namun apabila berlaku sesuatu yang ku jangka tidak bermafaat untuk diriku ini tanpa meneliti mengikut akal fikiran yang diberi, mungkin kerana keterbatasan kemampuan akalku atau tanda kurangnya keyakinan ku terhadap takdir Ilahi yang telah ditetapkan.....sungguh berat untuk mengucap kalimah "Alhamdulillah". Semoga diri ini diberi kekuatan untuk tersenyum redha atas apa yang berlaku sambil mengucap "Alhamdulillah", Amin~

Jadi ini merupakan post ku yang pertama, terpaksa kupadamkan blog yang lama kerana ketidak tentuan usaha ku keatas blog tersebut dan juga kerana ketiadaan komitmen yang bersungguh-sungguh kukira, yang membuat diriku memutuskan untuk memadam sahaja dan membuat satu blog baru, Insya-Allah dengan usaha baru serta niat yang sudah pun diperbaharui akan ku pastikan blog ini berjalan lancar....:)

No comments:

Post a Comment